Photobucket
Photobucket

06 September 2014

 The Engagement Day Review



Review Engagement updated on my new blog (exclusive for Engagement & Wedding thingy).
Siapa rajin jemput singgah: KEEP CALM and BRIDE ON 




14 February 2014

 Kepak kepak gebum gebum

Assalamualaikum w.b.t,

Hello evelibadi, long time no see aaa..
Seram sejuk nak menulis balik bila lama dah tak jadi bestfriend dengan keyboard.

So far, kerja Alhamdulillah. Dah setahun dah dekat sini, hoyeh hoyeh. Start dari practical sampai sekarang ni, semua okayyy. Tapi sekarang dah tukar portfolio dah tak jadi Account Manager (AM) dah sebab tak tercapai dek akalmu, dalam erti kata lain 'penat-nak-mampuih'. Lolol, so sekarang still under department yang sama tapiii.. tak berjalan sangat dah banyak duduk office je. Kerja 8.30am - 5.30pm, tapi selalu je pukul 10 lebih baru masuk sebab dah terbiasa masa jadi AM dulu kan masuk balik suka hatiii. Sekarang ni memang kena train balik & kena disiplinkan diri balik macam masa praktikal sebab bos dah tukar. Bos dulu selalu takde kat office, sebab tu aku pon join je selalu takde kat office haha. Sekarang scope kerja more to settle all contracts & agreements, dah nama pun Sales Monitoring & Control, so kena monitor & control all the business agreements, kena deal with legal department & AM jugak. Sebenarnya, I yang mintak tukar portfolio sebab dah tak larat nak ke hulu-hilir keliling KL pergi all the HQ banks, meeting with clients/customers. Pastu kita ni dah lah fresh grad, ilmu pun tak mewah mana lagi, bila kena deal dengan orang-orang corporate ni terasa diri ini umpama semut pula, aicehhh.. tak confident sebab tak khatam in details lagi products & services company ni provide, pastu aku nak nyembang apa dengan dorang? Tu masalah utama, jadinya I mintaklah nak duduk office je sbb duit tol minyak save, tak pepening kepala nak hadap pe'el orang, yelah kengkadang clients ni suka nau ajak pi lunch pastu sape kena bayar? Hakuuuu jugak, memanglah boleh claim kat company, tapi kita budak baru belajar, baru nak mula hidup, nak ngumpul duit kahwin lagi, jadi inisiatif lain yang perlu di ambil adalah, "pilih-jalan-selamat'. Hehe

Jadi, bila dah rasa diri ini dalam situasi 'selamat', hape lagi.. benda lain yang harus difirkan adalah, jeng jeng jeng jenggggg... KAHWIN! Eee, nampak nau tak nyabau kemain caps lock bold siap. Hihi Alhamdulillah, selepas dibincang-bincang insyaAllah, November ni, thats mean lagi 9 bulaaannn. Wuuu, macam tunggu baby nak keluar perasaan dia, seram sejuk excited nak terber terkuc semua hade. Persiapan? Nan hado, tak start hape lagi. Nak mula dari mana pun tak tahu. Dulu kalau tahu orang lain nak kahwin, kita yang excited lebihkan, pilihkan tema lah, idea itu ini kucurahkan segalanya untukmu gitew, tapi bila diri sendiri yang nak kahwin, blank terus kepala hotak mak nak mikir ni haa.

Sebenarnya, kengkawan aku pun tak tahu lagi. Adalah beberapa yang tahu tapi masih belum diwar-warkan. I seram nihhh, harap dorang baca ni haa, pastu tahu sendiri, sebab aku tak tahu macam mana nak bagitahuuu, tahu takkk?

Mostly yang dah tahu, family & officemates je lah, pastu semua tanya-tanya "tak bertunang ke? tak ikat dulu ke? takde majlis pape dulu ke?" Amboiii, Mak Jemahhh. Haa gitulah, memula plan nak sekali je masa nikah nanti, tunang dulu kejap pastu nikah, yelah pempaham jelah family kekasih nun jauh di Sibu, Sarawak (abah si dia kena posting sana), balik semenanjung pun time cuti sekolah hujung tahun je every year sbb flight fees free. Jadi conclusionnya sekali kan aje. Tapi... tetiba mak si dia call mama cakap nak turun semenanjung end of this April and nak bawak rombongan Che Ta (nama mak si dia Rozita ;p) hari buruh ni aka 1st May. Woooo, 2 bulan lagi woi. Kengkabut lah ni berusaha search sana sini, survey sana sini, tanya sana sini. Jadinya, marilah teman aku meng-counting-the-days. Nervous you olsss.

Alhamdulillah, berkat doa korang as per requested dalam last entry kita lah ni, mintak dipercepatkan jodoh. Syukur dah ada perancangannya. Makbul tau doa korang tu hihi. Jadinya, doa-doakan lah pulak semoga segala perancangan ni dipermudahkan. InsyaAllah, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

Nah gambau tak nyabau dah satu :)
Yeay, boleh join B2B team dah

10 July 2013

 Another new chapter of my life :)

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama dan last update pun pasal internship almost 6 bulan lepas. And guess what? Im officially being one of HeiTech Managed Services Group, HeiTech Padu Berhad team. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki awal ni, i got the offering position of Account Management Executive also known as AM (Account Manager) yang kita cerita dekat entry lepas dulu. Memang macam tak percaya lagi dah mula kerjaya as AM pulak, position yang kita konon-konon berangan nak apply hari tu. Finally dapat, syukur Alhamdulillah. Rezeki yang sangat-sangat besar buat i sebab dapat offer masa practical and start exactly after 2 days finished my viva & thesis thingy. Awal sangat kan. Alhamdulillah tak payah susah payah cari kerja, dan Alhamdulillah untuk job ni yang i rasa memang sesuai untuk permulaan alam kerjaya. Banyak sangat yang dapat belajar kat sini, setengah tahun dah campur practical semua. I love this job position sebab banyak habiskan masa kerja luar, jumpa clients, meeting here and there (dapat makan free sesedap), keluar beli tender & of course ah prepare tender for submission. Memang suka sangat kerja macam ni sebab flexible and tak lah duduk office hadap laptop je hari-hari. Kalau bab submit tender tu biasa lah tak tidur macam nak submit assignment jugak. Tapi lepas submit dalam 12 tgh hari esoknya tu boleh balik dah topup tidoq ke apa, macam pi jumpa customer jugak kalau takde pape kerja yang kena balik office balik, merayap lah apa lagi tak pun balik rumah terus. Seronok :)

Sangat bersyukur dengan rezeki ni sebab semuanya macam dah tertulis. 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))

Nak cerita pasal viva presentation hari tu. 
Can you imagine that? After finished my semester 5 degree and got only one week je nak hungga-hungga bagai lepas tu terus start practical then habis practical on 14th June, boss requests start kerja terus tapi dengan rasa serba salahnya terpaksa lah mintak 2 weeks gap sebab nak settle kan viva & thesis dulu before start kerja. Kena lah berkampung dekat 2 minggu tu dekat Melaka untuk settle kan segalanya, bayangkan nak kena hadap spss yang mcm pftttt. My viva was on last 27th June, Thursday. Alhamdulillah viva went well. First and second examiner sangat best. Happy gila sebab tak kena tanya banyak langsung, tak kena bash macam group lain. Second examinor siap puji report cantik, margin ok, space bagai semua tersusun. Sengih je lah manjang lepas present tu. Then, we submit all the thesis report on the next day sampai advisor terkejut sebab baru present semalam, esoknya dah siap nak hantar. Haha, kita dengan partner macam gila siapkan cepat-cepat sebab nak balikkkkk. Tak larat nak hadap lama-lama dah sebab tak sabar nak merdeka. Masa hantar tu advisor/ first examinor kita cakap "Saya suka presentation kamu semalam, BEST" :)) Maigod, masa tu rasa macam nak pengsan, penat berbaloi-baloi bila dia cakap lagi nak gunakan report thesis kita for his future PHD research report. Tak terkata dah masa tu, nak menangis bagai pun ada sebab pengakhiran semester degree dengan penghargaan macam tu. 
Syukur syukur syukur

Untuk kerja baru ni pulak,
For the time being, semuanya okay. All the teammates/ clicks best-best. Company bagi laptop, bill phone company bayar. Ahh, apa lagi nak? Rumah dekat, semuanya boleh jimat insyaAllah. Jimat pun untuk commitments lain lah keluarnya, loan ptptn, kereta, nak bagi parents, nak raya lagi ni. Haa, paling penting bila degree dah habis, kerja dah dapat, apa lagi apa lagi apa lagi? Prepare for the next mission lah, KAHWIN. Wuwuwuwu, doakan ye semoga dipercepatkan jodoh. Dan semoga rezeki sentiasa ada insyaAllah.

Salam Ramadhan untuk semua ♥

p/s: gambar takde, Rena pemalas
(Eee, borringggg)