Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

14 February 2014

 Kepak kepak gebum gebum

Assalamualaikum w.b.t,

Hello evelibadi, long time no see aaa..
Seram sejuk nak menulis balik bila lama dah tak jadi bestfriend dengan keyboard.

So far, kerja Alhamdulillah. Dah setahun dah dekat sini, hoyeh hoyeh. Start dari practical sampai sekarang ni, semua okayyy. Tapi sekarang dah tukar portfolio dah tak jadi Account Manager (AM) dah sebab tak tercapai dek akalmu, dalam erti kata lain 'penat-nak-mampuih'. Lolol, so sekarang still under department yang sama tapiii.. tak berjalan sangat dah banyak duduk office je. Kerja 8.30am - 5.30pm, tapi selalu je pukul 10 lebih baru masuk sebab dah terbiasa masa jadi AM dulu kan masuk balik suka hatiii. Sekarang ni memang kena train balik & kena disiplinkan diri balik macam masa praktikal sebab bos dah tukar. Bos dulu selalu takde kat office, sebab tu aku pon join je selalu takde kat office haha. Sekarang scope kerja more to settle all contracts & agreements, dah nama pun Sales Monitoring & Control, so kena monitor & control all the business agreements, kena deal with legal department & AM jugak. Sebenarnya, I yang mintak tukar portfolio sebab dah tak larat nak ke hulu-hilir keliling KL pergi all the HQ banks, meeting with clients/customers. Pastu kita ni dah lah fresh grad, ilmu pun tak mewah mana lagi, bila kena deal dengan orang-orang corporate ni terasa diri ini umpama semut pula, aicehhh.. tak confident sebab tak khatam in details lagi products & services company ni provide, pastu aku nak nyembang apa dengan dorang? Tu masalah utama, jadinya I mintaklah nak duduk office je sbb duit tol minyak save, tak pepening kepala nak hadap pe'el orang, yelah kengkadang clients ni suka nau ajak pi lunch pastu sape kena bayar? Hakuuuu jugak, memanglah boleh claim kat company, tapi kita budak baru belajar, baru nak mula hidup, nak ngumpul duit kahwin lagi, jadi inisiatif lain yang perlu di ambil adalah, "pilih-jalan-selamat'. Hehe

Jadi, bila dah rasa diri ini dalam situasi 'selamat', hape lagi.. benda lain yang harus difirkan adalah, jeng jeng jeng jenggggg... KAHWIN! Eee, nampak nau tak nyabau kemain caps lock bold siap. Hihi Alhamdulillah, selepas dibincang-bincang insyaAllah, November ni, thats mean lagi 9 bulaaannn. Wuuu, macam tunggu baby nak keluar perasaan dia, seram sejuk excited nak terber terkuc semua hade. Persiapan? Nan hado, tak start hape lagi. Nak mula dari mana pun tak tahu. Dulu kalau tahu orang lain nak kahwin, kita yang excited lebihkan, pilihkan tema lah, idea itu ini kucurahkan segalanya untukmu gitew, tapi bila diri sendiri yang nak kahwin, blank terus kepala hotak mak nak mikir ni haa.

Sebenarnya, kengkawan aku pun tak tahu lagi. Adalah beberapa yang tahu tapi masih belum diwar-warkan. I seram nihhh, harap dorang baca ni haa, pastu tahu sendiri, sebab aku tak tahu macam mana nak bagitahuuu, tahu takkk?

Mostly yang dah tahu, family & officemates je lah, pastu semua tanya-tanya "tak bertunang ke? tak ikat dulu ke? takde majlis pape dulu ke?" Amboiii, Mak Jemahhh. Haa gitulah, memula plan nak sekali je masa nikah nanti, tunang dulu kejap pastu nikah, yelah pempaham jelah family kekasih nun jauh di Sibu, Sarawak (abah si dia kena posting sana), balik semenanjung pun time cuti sekolah hujung tahun je every year sbb flight fees free. Jadi conclusionnya sekali kan aje. Tapi... tetiba mak si dia call mama cakap nak turun semenanjung end of this April and nak bawak rombongan Che Ta (nama mak si dia Rozita ;p) hari buruh ni aka 1st May. Woooo, 2 bulan lagi woi. Kengkabut lah ni berusaha search sana sini, survey sana sini, tanya sana sini. Jadinya, marilah teman aku meng-counting-the-days. Nervous you olsss.

Alhamdulillah, berkat doa korang as per requested dalam last entry kita lah ni, mintak dipercepatkan jodoh. Syukur dah ada perancangannya. Makbul tau doa korang tu hihi. Jadinya, doa-doakan lah pulak semoga segala perancangan ni dipermudahkan. InsyaAllah, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

Nah gambau tak nyabau dah satu :)
Yeay, boleh join B2B team dah

10 July 2013

 Another new chapter of my life :)

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama dan last update pun pasal internship almost 6 bulan lepas. And guess what? Im officially being one of HeiTech Managed Services Group, HeiTech Padu Berhad team. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki awal ni, i got the offering position of Account Management Executive also known as AM (Account Manager) yang kita cerita dekat entry lepas dulu. Memang macam tak percaya lagi dah mula kerjaya as AM pulak, position yang kita konon-konon berangan nak apply hari tu. Finally dapat, syukur Alhamdulillah. Rezeki yang sangat-sangat besar buat i sebab dapat offer masa practical and start exactly after 2 days finished my viva & thesis thingy. Awal sangat kan. Alhamdulillah tak payah susah payah cari kerja, dan Alhamdulillah untuk job ni yang i rasa memang sesuai untuk permulaan alam kerjaya. Banyak sangat yang dapat belajar kat sini, setengah tahun dah campur practical semua. I love this job position sebab banyak habiskan masa kerja luar, jumpa clients, meeting here and there (dapat makan free sesedap), keluar beli tender & of course ah prepare tender for submission. Memang suka sangat kerja macam ni sebab flexible and tak lah duduk office hadap laptop je hari-hari. Kalau bab submit tender tu biasa lah tak tidur macam nak submit assignment jugak. Tapi lepas submit dalam 12 tgh hari esoknya tu boleh balik dah topup tidoq ke apa, macam pi jumpa customer jugak kalau takde pape kerja yang kena balik office balik, merayap lah apa lagi tak pun balik rumah terus. Seronok :)

Sangat bersyukur dengan rezeki ni sebab semuanya macam dah tertulis. 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))

Nak cerita pasal viva presentation hari tu. 
Can you imagine that? After finished my semester 5 degree and got only one week je nak hungga-hungga bagai lepas tu terus start practical then habis practical on 14th June, boss requests start kerja terus tapi dengan rasa serba salahnya terpaksa lah mintak 2 weeks gap sebab nak settle kan viva & thesis dulu before start kerja. Kena lah berkampung dekat 2 minggu tu dekat Melaka untuk settle kan segalanya, bayangkan nak kena hadap spss yang mcm pftttt. My viva was on last 27th June, Thursday. Alhamdulillah viva went well. First and second examiner sangat best. Happy gila sebab tak kena tanya banyak langsung, tak kena bash macam group lain. Second examinor siap puji report cantik, margin ok, space bagai semua tersusun. Sengih je lah manjang lepas present tu. Then, we submit all the thesis report on the next day sampai advisor terkejut sebab baru present semalam, esoknya dah siap nak hantar. Haha, kita dengan partner macam gila siapkan cepat-cepat sebab nak balikkkkk. Tak larat nak hadap lama-lama dah sebab tak sabar nak merdeka. Masa hantar tu advisor/ first examinor kita cakap "Saya suka presentation kamu semalam, BEST" :)) Maigod, masa tu rasa macam nak pengsan, penat berbaloi-baloi bila dia cakap lagi nak gunakan report thesis kita for his future PHD research report. Tak terkata dah masa tu, nak menangis bagai pun ada sebab pengakhiran semester degree dengan penghargaan macam tu. 
Syukur syukur syukur

Untuk kerja baru ni pulak,
For the time being, semuanya okay. All the teammates/ clicks best-best. Company bagi laptop, bill phone company bayar. Ahh, apa lagi nak? Rumah dekat, semuanya boleh jimat insyaAllah. Jimat pun untuk commitments lain lah keluarnya, loan ptptn, kereta, nak bagi parents, nak raya lagi ni. Haa, paling penting bila degree dah habis, kerja dah dapat, apa lagi apa lagi apa lagi? Prepare for the next mission lah, KAHWIN. Wuwuwuwu, doakan ye semoga dipercepatkan jodoh. Dan semoga rezeki sentiasa ada insyaAllah.

Salam Ramadhan untuk semua ♥

p/s: gambar takde, Rena pemalas
(Eee, borringggg) 

19 February 2013

 Internship

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t. Wah, lama sangat dah ni tak hapdet blog. Haish, janji tak ditepati langsung. Nak mulakan mukadimah macam mana pun tak tahu dah. Puih puihhh..

Okay okay, the latest story isssss... kita dah start internship at HeiTech Managed Services under HeiTech Padu Berhad. Kejap je habis dah setahun setengah dekat Melaka. Really hope that everything will gonna be okay and I can graduate on time. Too many memories dekat Melaka, tak puas dapat together-gether dengan classmates, housemates, roommates, ahhh sesemua lah. Rindu rindu rinduuuuu... But life must go on kan, tak sedar kejap je dah besar dah sebenarnya. Habis dah waktu belajar-belajar pergi kelas semua ni. Moment tu yang paling di rindui habis lah. Planning to continue for doing master, tapi dok dilema lagi nak sambung terus ke nak kerja dulu. Ahh, nanti lah pikir, focus to intern, thesis and VIVA dulu kasi lepas. InsyaAllah, rezeki ada dekat mana-mana kan? 

Teringin sangat nak hapdet blog macam dulu. Ahh, cam dah seploh kali je ulang ayat ni before-before ni. Puih lagi puih lagi, haha. Haish, tapi masa lah masa, jealous betul dia dengan kita. Sad me, perasaan nak hapdet blog ni pun sebab one of my colleague dekat sini which is sama-sama intern kat sini tersebut pasal blog. Memang teruslah kita singgah and planning to write something here lah konon.

Okay, let me start about my new experienced in practical. Lame me, sebab kawan-kawan course lain masa diploma lagi dah start intern. Tapi kita, final degree baru merasa intern. But for the time being, i'm really enjoyed with my work and all surrounded here.


The offer letter

Haa, atas tu offer letter yang kita dapat. Thank you to Yaya, my senior yang recommend-kan kita intern dkt sini. Walaupun kita dapat offer department lain dari Yaya, and totally lain dari course kita, tawakal and redha je memula sebab ni yang paling dekat dengan rumah. Around 11 km and less than 15 minutes je dah sampai. Takdelah merempuh jam sangat pun, jam sebab traffic light je lah selalu. Besides, allowance pun quite best dari company lain.



HeiTech ni sebenarnya company apa? Haa, HeiTech ni one of big private company sebenarnya. Macam tak pernah dengar je kan before ni, tapi bila dah masuk baru nampak rupanya ada lebih kurang 20 group of companies of HeiTech dalam & luar negara. And now, kita intern under HeiTech Managed Services Group dekat Seksyen U8, Shah Alam yang offered applications like Data Center, Data Recovery, Networking dan yang terbaru Cloud Computing. Basically all the customers & clients are from corporate sector: Financial Service Industry and Government Linked Companies as well as Government sector macam JPN, JPJ. If anything happened, those companies yang rented applications offered by HeiTech tu tak payah nak risau lah kalau ada disaster and segala data hilang ke apa sebab dah ada backup data yang dorang dah simpan dengan kita. Security is priority here, yelah kan dah simpan segala data penting semua macam dari bank-bank segala. Haruslah dikawal rapi kan.



Overall, lepas dah masuk minggu ketiga intern dah terasa pengalaman bekerja yang sebenar. Under department Commercial Sales, bukan jadi salesman buat direct selling jejual barang tetepi jalan jual product ke apa tu. But dekat sini dorang panggil Account Manager, i'm so glad sebab department kita memang happening and sempoi gila. Dorang banyak sangat share macam-macam walaupun mostly kat sini semua umur 30-50++ tapi dorang cool gileeeee. Best! Biasalah office, semua kena panggil kakak. No makcik-makcik okay, tak kisahlah dia lagi tua dari mak kau ke apa. 



The great news is, supervisor kita cakap dorang memang tengah cari Account Manager lagi sorang, degree qualification. Dia nak orang yang pandai bercakap, berani jumpa orang especially all the customers from corporate sector kan. Dah semestinya kena pandai build and create relationship dengan dorang.



Memandangkan kita ambik International Business, so semua pernah belajar dulu. Selling, Marketing, Management, Negotiation, Finance, HR & yang sekutu dengannya. Walaupun tak specific and mendalam, kira faham and ada basic okaylah kan. InsyaAllah, nak cuba apply that job. Suka tengok dorang buat kerja. Tak stress, flexible time nak datang nak balik (ikut suka kau lah janji ada sales), basic salary best, ada call & transport allowance lagi, kalau tender menang dapat bonus lagi. Best woo! Tolonglah absorb saya, tolonglah tolonglah. Haha

Adoi, banyak betul benda aku nak cerita ni hoiii padahal baru masuk minggu ketiga haa. Ntah lah, rasa macam best sebab banyak belajar benda baru. The challengers part is masa kena prepare tender. Fuhhh, sampai kena stay up kat office bagai. Setakat ni, 2 Pre-Qualification tenders kita dah tolong; Bank Muamalat and Jumaat lepas kita tolong hantar Pre-Q tender dekat Bangunan Bank Rakyat, KL. Supervisor kita best, belanja breakfast semua, and all Account Managers and Senior Account Manager pun selalu bagi macam-macam. 

Last week jugak kita ada join Planning Session meeting dekat Holiday Inn Glenmarie, dari 9 pagi sampai 10 malam kauuu 13 jam tu. Tapi nasib baik makan sedap gilos. Tapi kita ngelat balik awal sebab malam tu kena datang office tolong another Account Manager prepare tender for The Malaysian Administrive Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) - one of Jabatan Perdana Menteri yang kena submit esok harinya, so tak tidur malam lah siapkan tender tu, print susun checking wrapping semua. Penat? Of course, tapi semuanya terbalas bila supervisor kita kasi offday lepas settle tender tu. Anddd, the best part is kakak yang kita tolong siapkan tender dia tu ajak kita pergi spa and doing foot reflexology as a treat. Seronok!