Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Engagement. Show all posts
Showing posts with label Engagement. Show all posts

14 February 2014

 Kepak kepak gebum gebum

Assalamualaikum w.b.t,

Hello evelibadi, long time no see aaa..
Seram sejuk nak menulis balik bila lama dah tak jadi bestfriend dengan keyboard.

So far, kerja Alhamdulillah. Dah setahun dah dekat sini, hoyeh hoyeh. Start dari practical sampai sekarang ni, semua okayyy. Tapi sekarang dah tukar portfolio dah tak jadi Account Manager (AM) dah sebab tak tercapai dek akalmu, dalam erti kata lain 'penat-nak-mampuih'. Lolol, so sekarang still under department yang sama tapiii.. tak berjalan sangat dah banyak duduk office je. Kerja 8.30am - 5.30pm, tapi selalu je pukul 10 lebih baru masuk sebab dah terbiasa masa jadi AM dulu kan masuk balik suka hatiii. Sekarang ni memang kena train balik & kena disiplinkan diri balik macam masa praktikal sebab bos dah tukar. Bos dulu selalu takde kat office, sebab tu aku pon join je selalu takde kat office haha. Sekarang scope kerja more to settle all contracts & agreements, dah nama pun Sales Monitoring & Control, so kena monitor & control all the business agreements, kena deal with legal department & AM jugak. Sebenarnya, I yang mintak tukar portfolio sebab dah tak larat nak ke hulu-hilir keliling KL pergi all the HQ banks, meeting with clients/customers. Pastu kita ni dah lah fresh grad, ilmu pun tak mewah mana lagi, bila kena deal dengan orang-orang corporate ni terasa diri ini umpama semut pula, aicehhh.. tak confident sebab tak khatam in details lagi products & services company ni provide, pastu aku nak nyembang apa dengan dorang? Tu masalah utama, jadinya I mintaklah nak duduk office je sbb duit tol minyak save, tak pepening kepala nak hadap pe'el orang, yelah kengkadang clients ni suka nau ajak pi lunch pastu sape kena bayar? Hakuuuu jugak, memanglah boleh claim kat company, tapi kita budak baru belajar, baru nak mula hidup, nak ngumpul duit kahwin lagi, jadi inisiatif lain yang perlu di ambil adalah, "pilih-jalan-selamat'. Hehe

Jadi, bila dah rasa diri ini dalam situasi 'selamat', hape lagi.. benda lain yang harus difirkan adalah, jeng jeng jeng jenggggg... KAHWIN! Eee, nampak nau tak nyabau kemain caps lock bold siap. Hihi Alhamdulillah, selepas dibincang-bincang insyaAllah, November ni, thats mean lagi 9 bulaaannn. Wuuu, macam tunggu baby nak keluar perasaan dia, seram sejuk excited nak terber terkuc semua hade. Persiapan? Nan hado, tak start hape lagi. Nak mula dari mana pun tak tahu. Dulu kalau tahu orang lain nak kahwin, kita yang excited lebihkan, pilihkan tema lah, idea itu ini kucurahkan segalanya untukmu gitew, tapi bila diri sendiri yang nak kahwin, blank terus kepala hotak mak nak mikir ni haa.

Sebenarnya, kengkawan aku pun tak tahu lagi. Adalah beberapa yang tahu tapi masih belum diwar-warkan. I seram nihhh, harap dorang baca ni haa, pastu tahu sendiri, sebab aku tak tahu macam mana nak bagitahuuu, tahu takkk?

Mostly yang dah tahu, family & officemates je lah, pastu semua tanya-tanya "tak bertunang ke? tak ikat dulu ke? takde majlis pape dulu ke?" Amboiii, Mak Jemahhh. Haa gitulah, memula plan nak sekali je masa nikah nanti, tunang dulu kejap pastu nikah, yelah pempaham jelah family kekasih nun jauh di Sibu, Sarawak (abah si dia kena posting sana), balik semenanjung pun time cuti sekolah hujung tahun je every year sbb flight fees free. Jadi conclusionnya sekali kan aje. Tapi... tetiba mak si dia call mama cakap nak turun semenanjung end of this April and nak bawak rombongan Che Ta (nama mak si dia Rozita ;p) hari buruh ni aka 1st May. Woooo, 2 bulan lagi woi. Kengkabut lah ni berusaha search sana sini, survey sana sini, tanya sana sini. Jadinya, marilah teman aku meng-counting-the-days. Nervous you olsss.

Alhamdulillah, berkat doa korang as per requested dalam last entry kita lah ni, mintak dipercepatkan jodoh. Syukur dah ada perancangannya. Makbul tau doa korang tu hihi. Jadinya, doa-doakan lah pulak semoga segala perancangan ni dipermudahkan. InsyaAllah, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

Nah gambau tak nyabau dah satu :)
Yeay, boleh join B2B team dah